Berada di Paeds ICU ini amat menginsafkan... Bayangkan ketika usiaku 8 bulan, aku mengalami komplikasi dlm usus iaitu intusssuseption. Aku berada di Labuan Sabah, dan harus diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu utk dibedah bagi menyelamatkan nyawaku.
Dalam penerbangan dgn helikopter, kira-kira setengah jam lagi sebelum sampai ke Kota Kinabalu, jantungku berhenti & doktor serta jururawat yang mengiringiku terpaksa menjalankan CPR berterusan ke atas tubuh kecilku.
Hampir 30 minit berlalu dan tiada tanda-tanda aku akan hidup. Menurut ibuku, mataku sudah terbuka & merenung ke atas.Ibu bapaku saling berpelukan, dgn linangan airmata, berdoa, andai sudah tiba masa utk aku pergi menghadap Ilahi, cuma mereka pinta agar aku pergi dgn sempurna sifat.
Tiba sahaja di Hospital Queen Elizabeth, aku terus ditolak ke Dewan Bedah. Rupanya Allah masih menghendaki aku berbakti kepada kedua-dua org tuaku. Sebaik tiba di atas meja Dewan Bedah, aku menarik nafas & menangis... Aku masih diberi kurniaan terbesar dr Ilahi... Anugerah hidup...
Alhamdulillah pembedahan itu berjaya. Hasil berkat doa kedua Ibu bapaku, hari ini aku pula merawat pesakit...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Hanya Allah dpt membalas jasa doktor, jururawat, juruterbang & kedua-dua ibubapaku...
- Posted using BlogPress from my iPhone