Saturday, June 25, 2011

Soto

Hari ni hari yg sgt happening bg aku sbb kedua-dua Ibu bapaku ada di rumahku. Pagi-pagi lagi suamiku sudah keluar membeli roti canai utk sarapan kami sekeluarga.

Dalam jam 12 tengahari kami ke rumah saudaraku merangkap doktor Pakar Sakit Puanku iaitu Dato' Dr Hamid Arshat di Damansara Height, sempena hari perkahwinan anak lelakinya, Dr Arief. Sangat meriah majlis itu dengan pelbagai juadah seperti kambing golek, chicken chop, char kuey tiow, nasi goreng, mi kari & air batu campur. Aku sgt terhutang budi dgn Atukku ini kerana beliaulah yang menjagaku semasa aku hamil dgn ketiga-tiga cahayamataku




Kedua ibubapaku juga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama kedua mempelai.




Pulang dari Damansara Height kami terus ke Pusat Perubatan University Malaya utk menziarahi saudaraku yang baru sahaja menjalani pembedahan kakinya yang cedera akibat kemalangan sewaktu bermotorsikal berkuasa besar.

Selepas menghantar ibubapaku ke Terminal Bersepadu Selatan untuk mereka pulang ke selatan, kami pulang ke rumah.

Buat julung-julung kalinya aku menyediakan soto untuk mkn mlm. Berpeluh-peluh juga dibuatnya tp apabila melihat keluargaku makan dgn sungguh berselera, terasa berbaloi titik peluhku.. Entah bilalah agaknya aku akan masak lagi memandangkan peperiksaanku yang semakin hampir..


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment