Dalam minggu lepas, sekolah anakku telah mengadakan "school trip" ke Putrajaya. Selalunya aku meminta bantuan adik iparku, Elena untuk menemaninya, tapi kali ini aku pula yang menemaninya. Kubawa juga anak keduaku, Wardina.
Kalau diikutkan, hampir dua minggu sekali aku ke Putrajaya kerana abangku juga tinggal di sana, tetapi kerana Fatimah sangat teruja, aku ikutkan sahaja. Rupa-rupanya memang banyak yang dapat aku pelajari dari trip ini. Contohnya, Masjid merah jambu di Putrajaya itu, dibina supaya ia kelihatan seolah-olah ia terapung di atas tasik Putrajaya. Tasik ini pun rupa-rupanya adalah tasik buatan manusia! Hebat bukan..
Pernahkah anda ke bangunan Kementerian Kewangan? Besar sungguh bangunan itu,kan? Haa.. Kalau nak tahu, bangunan itu terletak di atas sebuah pulau buatan!
Selepas menaiki cruise, kami ke Masjid Sultan Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi kerana pembinaannya menggunakan 6 tan besi!
Selesai solat Zuhur, kami ke Wetland Putrajaya untuk melihat bangau atau "flamingo". Bertubi-tubi anak-anakku bertanya kenapa badan flamingo pink? Kujawab, sebab ia makan udang yang berwarna pink!
Trip berakhir dengan kanak-kanak bermandi-manda di Splash Park di Capital Mall The MINES. Dalam perjalanan pulang, ada sesi menyanyi di dalam bas, dan aku sangat berbangga dengan Wardina yang berani ke depan untuk menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star.
Alhamdulillah kubersyukur berpeluang menghabiskan masa dengan dua orang puteriku :) lain kali aku ingin membawa Umar & pembantuku sekali, pasti lebih meriah.
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment