Friday, August 12, 2011

Hari ke 12 Ramadan.. Masak apa hari ni?

Alkisah hari ke 12 Ramadhan tahun ini.. Busy juga hari ini, pagi-pagi kami dah ke Pejabat Imigresen Wangsa Maju utk membuat passport Anak-anak. Insya Allah hujung tahun ini kami akan ke Singapura utk family day. Anak-anak sangat teruja nak buat passport, walaupun tak faham pun apa guna passport itu :)





Sambil menunggu, sempat aku membeli majalah Mingguan Wanita, dan tak sangka ada kisah tenting sahabatku di dalamnya. Keluarga sahabatku ini memang sudah terkenal, kerana ibunya, Hajah Anis, mendapat anugerah Ibu Mithali kesemua 7 orang anaknya berjaya menjadi doktor Pakar. Aku sudah 19 tahun berkawan dengan anak bongsu Hajah Anis ini, beliau memang saya kagumi dari aspek peribadi mahupun kegigihan beliau menamatkan pengajian kepakaran beliau, walaupun sudah punya 2 org anak.




Dalam masa sejam setengah sahaja selesai urusan di Pejabat Imigresen. Aku memang sangat kagum dengan pengurusan Pejabat Imigresen ini, di mana kakitangannya amat efisien & sangat bersopan santun.

Pulang dari sana, aku bergegas pula ke hospital utk kelas. Tugasanku untuk membentangkan tentang Ocular Hypertension Alhamdulillah berjalan lancar. Seminggu aku berhempas pulas menyiapkan pembentangan berkaitan journal-journal terbaru dalam glaucoma & ocular hypertension ini.



Lega tak terhingga dah selesai satu tugasan.

Pulang ke rumah, terasa ingin nak masak untuk cik Abang tersayang. Aku jumpa resepi ni dalam Internet, nampaknya menyelerakan. Jom try!

Selamat berbuka puasa & bertarawikh! Jgn lupa download applikasi QuranMajeed dari AppStore supaya mudah bertadarus nanti :)




DAGING CINCANG MASAK GULAI BEREMPAH
Oleh Ramlee

Bahan-bahan
1.5 kg daging cincang
[Biasanya daging ini bercampur isi/lemak/paru/hati dsb. - harus pandai memilih untuk
membelinya, agar tidak terbanyak sangat lemak]

Bahan A
3 cawan santan pekat
5 sudu rempah kari
6 sudu cili boh
1 sudu asam jawa dan dicampur dengan 1 inci belacan
[Dicampur dengan 4 cawan air]
Sedikit gula melaka
Daun pudina [jika suka]
Daun pandan

Bahan B [Di blender]
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 batang serai dimayang
sedikit halia

Bahan C
I kelopak bunga lawang
1/2 sudu cengkeh
4-5 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis

Minyak untuk menumis [jika suka, gunakan minyak sapi]

Cara-caranya:
Daging hendaklah dibersihkan dan ditoskan dulu. Gaulkan dengan "bahan B"
berserta rempah kari dan perapkan buat seketika.

Panaskan minyak dan tumiskan "bahan C" sehingga bangkit baunya. Masukkan
cili boh dan kacau sehingga pecah minyak. Harus diingatkan, api hendaklah besar.

Masukkan daging yang telah diperapkan tadi, dan kacau rata, dan renehkan buat
seketika di atas dapur. Untuk kali ini, hendaklah dikecilkan sedikit api dapur.

Masukkan barang sehelai dua daun pandan untuk mendapatkan wangi gulai ini.
Masukkan empat cawan air asam yang telah dicampur bersama belacan. Biarkan ia
seketika. Jika ianya terlalu kering, campurkan sedikit lagi air.

Tambahkan garam dan serbuk perasa. Saya suka masukkan sedikit gula melaka,
untuk mendapatkan rasa manis-manis daging.

Bila sudah menggelegak dan kelihatan daging sudah masak, [Jika sukakan daging
yang lembut, biarkan ianya lama sedikit si atas dapur]

Masukkan santan tadi dan kacau buat seketika sahaja. Angkat dan boleh dihidangkan.

Untuk hiasan dan rasa yan lebih enak, carik-carikkan daun pudina dan kacau bersama
kuahnya. Pasti berbangkit bau dan rasa. Cubalah!



- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment