Tahun ini Ramadhan memang sangat mengujakan bagi saya kerana setelah sekian lama, insya Allah Ramadhan kali ini akan saya tempuhi dalam keadaan tidak hamil atau menyusukan. Mudah-mudahan saya dan kita semua dapat memanfaatkan nikmat kesihatan ini untuk beribadah dengan baik dalam bulan yang penuh dengan kerahmatan & keampunan ini.
Tahun ini juga adalah kali pertama untuk anak saya, Fatimah (5 tahun) berpuasa. Yang paling membanggakan hati adalah beliau sendiri yang meminta untuk berpuasa, tanpa perlu saya minta. Beliau bersahur pada pukul 7.30 pagi sebelum ke sekolah, dan berpuasa hingga pukul 1.30 tengahari iaitu sehingga pulang ke rumah. Alhamdulillah...
Saya suka nak berkongsi dgn sahabat-sahabat tips-tips me didik Anak berpuasa dari Wardina Safiyyah.. Semoga bermanfaat utk Kita semua :)
http://www.youtube.com/watch?v=1VSTeTikmko&feature=youtube_gdata_player
Banyak amalan-amalan yang boleh Kita amalkan dalam bulan Ramadhan ini. Yang paling istimewa adalah doa Kita lebih makbul semasa Kita berpuasa... Terutamanya ketika hampir waktu berbuka. Bacaan al-Quran juga dijanjikan ganjaran yang besar dari Ilahi..
Ini salah satu artikel yang saya sangat suka
http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/amalan-di-bulan-ramadhan/
Semoga Kita semua dapat memaksimakan ibadah kita di bulan mulia ini, dan kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang sibuk memaksimakan persiapan hari raya tanpa menghayati bulan Ramadhan ini.
Selamat beramal!
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment