Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri 2011 - Rembau

Salam 9 Syawal.. Lambat betul baru dapat update blog. Tahun ini lebaran agak berbeza dengan tahun-tahun yg sebelumnya. Pertama kerana Mak Su suamiku telah kembali ke rahmatullah, 2 minggu sebelum Ramadhan. Kedua, kerana pertama kali juga aku menguruskan anak-anak sendiri kerana pembantu rumahku pulang berhari raya di Indonesia.

Dua hari sebelum raya, hatiku terasa sebak kerana masuk tahun ini sudah 10 tahun aku tidak menyambut lebaran di kampung halamanku. Memandangkan suamiku adalah anak lelaki tunggal, maka setiap kali raya aku akan pulang je kampungnya di Rembau dahulu. Mujur tahun ini di Rembau pun ada buat ketupat daun kelapa kesukaanku, terubat juga rindu nak menganyam ketupat :)













Anak-anakku pula seronok berlari ke sana sini mengejar kucing kesayangan nenek suamiku.
















Inilah telatah anak-anakku di pagi Aidilfitri :)
















Kami juga dapat merasa kek Aidilfitri, yang juga adalah kek sambutan ulangtahun adik iparku Elena & anakku Wardina yang berlangsung pada 16 dan 20 Ogos yang lalu.






Songkok umar hanya bertahan 2 saat atas kepalanya. Sampin pula langsung tak mahu pakai. Baru setengah jam berbaju melayu, sudah habis basah. Akibatnya, tukar baju biasa lah..







Sempat kami menziarahi nenek sebelah Bapa mertuaku di Taman Clonlee & bergambar bersama sanak saudara di sana





















Selepas asar, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kami bergerak pulang ke Muar pula.. Nantikan entri gambar-gambar raya di Muar pula ya..

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment