Monday, April 11, 2011
Satu kapal dua kemudi...
Bisakah satu kapal punya dua kemudi? Apa akan jadi andai dua nakhoda berada dalam satu kapal, masing-masing punya kemudi masing- masing tetapi bercanggah pendapat, si A mahu ke barat, si B mahu ke timur. Pasti kapal dipukul ombak, terumbang-ambing di dermaga, tanpa dapat berlayar walau sehasta.
Hakikatnya dalam sebuah kumpulan, hanya boleh ada seorang ketua sahaja. Bukan mengiyakan kuasa veto seperti yang dicanang pihak kuasa Barat, tetapi mengambil contoh Amirul Mukminin kita, Rasulullah yg meminta kita memilih SEORANG ketua, sebagai imam, sebagai pemimpin, hatta untuk bermusafir bertiga saudara. Anak kapal harus patuh arahan sang nakhoda, kerna pastinya dia lebih arif tentang apa pekerjaannya. Andai ada yang ingin diutara, sampaikan dengan hemah, kerna sifat kita orang timur, budi bahasa menjadi nadi kita. Bukan dengan ugutan atau kata-kata menghiris jiwa, yang kelak bakal memusnahkan si penuturnya sendiri
Bagaimana dengan dua kapal,dua nakhoda? Tujuan berbeza, laluan berbeza, pasti pelayaran menempuh ribut yang tidak sama. Namun andai hati berdetik satu destinasi, biar membelah tujuh lautan, pasti di daratan yang sama, telapak tangan bertaut kembali..
Kita masing-masing punya mimpi kita tersendiri. Ada kala kita boleh berjuang bersama, ada kala tatkala bertemu persimpangan, kita harus berpisah sementara. Agar tiada hati yang terluka, agar tiada jasad terseksa, biarlah kita perjuangkan apa yang kita impikan, dengan cara yang tersendiri. Berpisah sementara bukan selamanya, di penghujung rindu pasti nafas kita bersatu, setelah kita tawan gunung intan idaman yang satu.
Kebebasan yang hakiki..
Biarpun dua nakhoda terpisah dek benua, hati kita masih berdegup degupan yang sama. Yang pasti daratan yang dikejar tetap sama, buat bekalan warisan anak cucu, penyambung generasi , agar titisan darah pejuang ini terus mengalir di tubuh anak-anak kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment