Friday, May 6, 2011

Oncall Oh Oncall

Fuuhhh

Penat betul dua-tiga minggu ni sebab ramai doktor yang cuti sebab peperiksaan akhir untuk menjadi doktor pakar, Maka kami yang tinggal semua ni terpaksalah menanggung kerja mereka semua. Tak apa lah kerana satu hari nanti semasa kami semua pula ambil peperiksaan, insya Allah ada orang lain pula yang bantu.

Semalam aku oncall lagi, buat kesekian kalinya. Nak kongsi cerita tentang seorang patient, baru berusia 24 tahun, tak ada masalah kesihatan apa-apa sebelum ini, tiba-tiba hilang penglihatan mata khamis lepas, semasa di tempat kerja. Beliau cuba buat cermin mata, tapi tak membantu penglihatannya pun.

Selepas beliau berjumpa dengan pakar saraf di salah sebuah hospital swasta, beliau dirujuk ke hospital aku. Selepas diperiksa, memang kelihatan seperti beliau ada penyakit "optic neuritis" atau radang pada saraf mata. Jadi akupun memasukkan patient ni dalam wad aku, untuk rawatan dan pemeriksaan mata selanjutnya.


Kasihan kan, muda-muda sudah ada penyakit. Nasib baik penyakit ni, dengan rawatan steroid insya Allah boleh pulih semula penglihatannya tapi taklah 100%. Antara differential diagnosis mungkin juga beliau ada Idiopathic Intracranial Hypertension atau tekanan dalam otak yang tinggi. Jadi hari ni kami dah rujuk patient ni kepada pakar bahagian saraf di hospital kami.

Penat juga oncall semalam, tapi rasa hilang penat bila jumpa rakan kongsi yang kerja sama-sama di hospital aku. Mengingatkan aku, aku ada satu lagi kehidupan yang ceria di luar sana, selain menabur bakti berkhidmat kepada pesakit-pesakitku ;)


No comments:

Post a Comment