Sunday, May 1, 2011

Dengar lagu Negaraku pun boleh menangis?


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Inilah bait-bait lagu yang menjadi lirik lagu kebangsaan kita, yang dinyanyikan oleh lebih 20 juta rakyat Malaysia

Hari Sabtu yang lalu, aku telah menghadiri Hari Sukan yang pertama buat anak sulungku, yang dianjurkan oleh Smart Reader Kids di Stadium Titiwangsa. Aku memang sangat-sangat teruja, hinggakan sejak awal pagi aku sudah bersiap dari hospital, kerana aku oncall pada hari sebelumnya.


Setibanya di stadium itu, selepas anakku menyertai perbarisan dengan kawan-kawannya, lagu Kebangsaan kita, Negaraku pun berkumandang. Sambil aku berdiri tegak memegang tangan anak keduaku dan mendukung anak lelakiku, dengan perlahan saya nyanyikan lagu itu bersama semua hadirin yang datang. Tanpa kusangka, hatiku menjadi sebak, diresapi dengan perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Bangga, gembira, sedih, sebak, semuanya bercampur aduk. Airmataku bergenang di kelopak mata. Rupanya kali terakhir aku menyanyikan lagu ini dalam suasana stadium adalah ketika Sukan Komenwel diadakan di Manchester, kira-kira 8 tahun yang lalu. Ketika itu sukan badminton telah menyumbangkan sebutir pingat emas, dan lagu Negaraku berkumandang megah di Stadium Manchester. Ketika itu hanya Allah yang tahu betapa bangganya aku menjadi seorang RAKYAT MALAYSIA.

Hanya mereka yang pernah tinggal lama di luar negara dapat merasai apa yang kurasai hari itu. Betapa kita patut bersyukur tinggal di sebuah negara yang aman makmur dan amat disegani di mata dunia.

Mungkin bila kita pergi melancong ke luar negara, kita sering membeli kemeja-T yang membawa tulisan atau gambar identiti negara itu, contohnya Swiss Army, Australia dan sebagainya, termasuk saya sendiri. Tetapi berapa kerapkah kita membeli dan memakai kemeja-T yang membawa lambang negara kita? Malukah kita mahu memakai baju MALAYSIA?


Renung-renungkan... Peringatan buat diriku sendiri....

No comments:

Post a Comment